Isnin, Mei 19, 2008

Nila membaca macam nak gila

Nila memang membaca betul-betul.

Membaca macam nak gila.

Baca, baca dan baca di setiap kesempatan.

Nila mahu kejar segala pembacaan buku-buku Melayu yang tertinggal sejak 1997.

Nila mahu kejar segala pembacaan buku-buku Inggeris yang tertinggal sejak 2003 (masalah ekonomi peribadi dan tanggungjawab baru - isteri dan ibu).

Jadi dalam bulan Mac, April dan Mei ini Nila sudah baca 5 buah buku:
  1. The Tipping Point
  2. Siddharta
  3. Bedar Sukma Bisu
  4. Memeluk Gerhana
  5. Kasut Biru Rubina
Nila memang pulun sungguh sebaik sahaja tamat semester akhir baru-baru ini.

Nila mahu catat rekod peribadi.

Dulu semasa zaman gemilang di universiti, Nila boleh habiskan 30-40 buku setahun.

Nila mahu kembalikan rasa yang indah itu, apabila berjaya menghabiskan 30-40 buku, atau tahun ini mungkin lebih lagi?

Ya, pecahkan rekod sendiri.

Khamis, Mei 01, 2008

Nila orangnya beginikah?




You Are An INFP



The Idealist

You are creative with a great imagination, living in your own inner world.

Open minded and accepting, you strive for harmony in your important relationships.

It takes a long time for people to get to know you. You are hesitant to let people get close.

But once you care for someone, you do everything you can to help them grow and develop.

In love, you tend to have high (and often unrealistic) standards.

You are very sensitive. You tend to have intense feelings.

At work, you need to do something that expresses your personal values.

You would make an excellent writer, psychologist, or artist.

How you see yourself: Unselfish, empathetic, and spiritual

When other people don't get you, they see you as: Unrealistic, naive, and weak

Ahad, April 27, 2008

Nila terima sms

Pagi Ahad Nila yang sepi senyap (semua jiran masih tidur-tidur ayam lagi rasanya) diganggu sms begini:

hi jack i sudah download sexy&joke movie yoo.... awak nak dpt. hanya type ON MOV dan sms ke 32xxx . heheee...awk tentu terpikat denganya.download la sekarang yoo....

Nila syak ini tentu jenis movie yang dikejar dan diburu pihak penguatkuasa.

Dia tak tahu Nila pakai handset zaman mak Nila dulu lagi. Takde muat nak simpan movie-movie ni.

Tapi Nila terfikir, agaknya ini modus operandi baru mereka kot.

Label:

Sabtu, April 26, 2008

Nilakandi membaca


Nila ada buku ni, baru beli dua hari lepas.

Nila taklah minat sangat Hishamuddin Rais, tapi suka baca buah fikirannya.

Walaupun bahasa dia agak tak bertapis dan kurang manis dibaca budak-budak, ada yang boleh direnungkan. Banyak yang kelakar dalam sinis.

Cuma buku ini editorialnya kurang kemas dan sambil lewa. Banyak sangat salah ejaan termasuk perkataan biasa yang simple.

Buku apa yang blogger lain sedang baca?

Label: ,

Jumaat, April 25, 2008

Nilakandi belajar memblog

Beberapa hari lepas Nila sambut hari lahir. Sebagai salah satu hadiah daripada pelbagai hadiah, Nila memulakan blog ini.

Lagipun blog sekarang sudah jadi trend.

Dan lagi orang kata menulis tu terapi, betul ke?

Nila tak tahulah ini hangat-hangat tahi ayam atau tidak, sebab Nila bukan jenis yang banyak idea menulis.

Tapi saja-saja, Nila mahu cuba.